Kejadian jam 9.30 malam, penunggang motosikal pertama jenis Yamaha, Asmirul Sanusie maut di lokasi kejadian manakala dua rakan perempuannya iaitu Era Naziera Yusof dan Natasha Nurul Afikah berusia 17 tahun mengalami cedera parah.
Sebuah lagi motosikal Modenas Kriss yang ditunggang Saimi Mazali dan pembonceng iaitu Awet Sapali disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Aidil Bolhassan menyatakan motosikal yang dinaiki seorang penunggang dan dua pembonceng itu dalam perjalanan ke Bungin dengan menunggang di laluan bertentangan.
Ketika berada di atas jambatan berkenaan, motosikal yang dinaiki dua lelaki yang dalam perjalanan ke Manggut tidak perasan dengan kehadiran sebuah lagi motosikal lain yang berada di laluan mereka.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment