Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki terbabit adalah seorang jurujual kereta, ditahan ketika berada di rumahnya di Cheng.
Turut dirampas telefon bimbit milik suspek.
"Suspek ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Tengah ketika berada di rumahnya di Taman Cheng Utama, Cheng, di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi," kata Raja Shahrom ketika dihubungi.
POLIS menerima beberapa laporan daripada orang awam mengenai akaun FB yang memuat naik status didakwa menjatuhkan maruah polis.
Difahamkan, polis menerima beberapa laporan daripada orang awam mengenai sebuah akaun FB milik 'Kent Tan' yang memuat naik status 'Those "Monkey" is looking for extra income...pls beware at Melaka raya near to Standard Charted bank..' bersama gambar yang tertera dua anggota Polis Trafik sedang bertugas.
Laporan yang dibuat orang awam itu meminta tindakan segera ke atas suspek diambil kerana perbuatan lelaki itu didakwa menjatuhkan maruah polis.
Siasatan mendapati, status yang dimuat naik suspek dipercayai berpunca daripada dua anggota polis trafik yang menahan kereta dipandunya ketika melalui Taman Melaka Raya, tengah hari semalam.
"Suspek kemudian dipercayai merakam dari jauh dan memuat naik gambar bersama status 'Those 'Monkey' is looking for extra income...pls beware at Melaka raya near to Standard Charted bank..' kira-kira jam 11.30 tengah hari, pada hari yang sama," kata Raja Shahrom.
Bagi membantu siasatan, polis berjaya mendapatkan perintah reman ke atas suspek selama tiga hari bermula hari ini, dari Mahkamah Ayer Keroh, di sini.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Waheeda Ibrahim.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment