ONEXOX
BannerFans.com

DUA LAGI KERTAS UPSR DIDAKWA BOCOR

on Sunday, September 21, 2014

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menerima laporan mengenai dakwaan kebocoran dua lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, dua laporan polis berhubung kebocoran dua kertas ini telah dibuat oleh pegawai Lembaga Peperiksaan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pukul 11 pagi tadi.

“Polis telah menerima laporan itu hari ini dan akan menyiasat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata kes kebocoran terbaharu itu akan disiasat oleh pasukan sama yang sedang menyiasat kes kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang dilaporkan bocor sebelum ini.

Menurut jadual peperiksaan UPSR 2014, kesemua calon telah menduduki kertas Bahasa Tamil dan Matematik pada 10 September lepas.

Sebelum ini, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 didakwa telah bocor.

Berikutan itu, Lembaga Peperiksaan menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved