Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan, berkata anggota polis berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis semalam selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman sosial sejak beberapa hari lalu.
"Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya," kata Thaiveegan ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan menyiasat secara terperinci kes itu.
Polis juga akan menyiasat motif penyebaran gambar berkenaan berikutan anggota polis itu tidak menerima ugutan atau ancaman selepas gambar itu tersebar.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment