ONEXOX
BannerFans.com

"Itu Anak Dia, Bukan Anak Tiri", Keluh Rita Rudaini

on Saturday, September 6, 2014

Rasanya semua sudah sedia maklum mengenai tuntutan muta’ah berjumlah RM300,000 yang telah difailkan oleh pelakon jelita, Rita Rudaini baru-baru ini.



Bagi segelintir pihak, ia mungkin dianggap tidak munasabah kerana terlalu besar jumlahnya.

Namun, Rita punya alasan yang tersendiri berkaitan tuntutannya itu.

Menerusi portal Rotikaya, pelakon itu berkata, dia sudah pun menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang isteri selain membesarkan anak-anak hasil perkahwinannya dengan Aidil dengan sebaik-baiknya.

Ujarnya lagi, mahkamah tidak pernah mengatakan dia nusyuz, apatah lagi bersalah dalam hal perceraian sebelum ini.



“Kadang-kala terfikir sekiranya saya bekerja sebagai seorang kerani atau apa sahaja sudah tentu saya tak boleh untuk memenuhi permintaan anak-anak saya. Rezeki anak-anak murah, kalau orang kata saya mewahkan anak-anak itu bukan kerana itu adalah rezeki buat anak-anak. Saya dapat duit dan saya bagi kepada mereka (anak-anak). Baju dia (Aidil) bertukar, baju anak-anak macam itu sahaja. Kalau pergi beli baju itu tak pernah terfikir ke anak-anak?”

“Itu anak dia bukan anak tiri, tempat tinggal anak, rumah sewa pun dia tak bagi, dan disebabkan perkara itulah saya ‘fight’. Sebab dia tinggal di tempat yang mewah-mewah, rumah besar, anak-anak terbiar. Saya buat semua benda ini kerana anak, kalau saya tidak ada anak dengan dia seperti perkahwinan saya yang dulu saya tidak kisah dan tak pernah menuntut apa-apa dan buat hal masing-masing, tetapi kali ini berbeza kerana saya mempunyai 2 orang anak bersamanya (Aidil). Apa gunanya ‘bin’ dia (Aidil)?,” jelasnya.

Memang kami bersetuju 100 peratus dengan apa yang dikatakan oleh Rita itu.

Adakah Aidil mahu menunggu sampai anak-anaknya sudah tidak kenal dan menghormatinya sebagai bapa mereka?


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved