ONEXOX
BannerFans.com

Kerajaan Tanggung 3 Bulan Kehidupan Rakyat Malaysia

on Thursday, September 25, 2014

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyatakan kerajaan persekutuan telah memberi pelbagai jenis subsidi untuk bagi kegunaan harian tetapi ia tidak disedari rakyat kerana membayar dengan harga yang rendah. Pelbagai subsidi dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) sepanjang tahun bagi memudahkan kehidupan rakyat terutama mereka yang memiliki tanggungan keluarga yang besar.

Jika semua keseluruhan bantuan dan subsidi yang diberikan kerajaan dicampurkan maka rakyat hanya perlu mencari mata pencarian selama 9 bulan dan selebihnya ditanggung BN.

“Jika kita campur Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), subsidi minyak, diesel‎, bantuan persekolahan, tepung, beras dan gas memasak. Bagi saya tiga bulan kehidupan kita ini ditaja oleh kerajaan BN dalam masa setahun.

“9 bulan sahaja kita cari kehidupan kita dengan kerja-kerja yang kita ada sekarang. Malam ini saya buka satu persatu. Bukan ingin mengungkit tetapi mengingatkan kita mempunyai kerajaan yang baik, bertanggungjawab dan menjaga rakyat,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar telah mengumumkan Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 meningkat sebanyak RM900 berbanding 2012 namun mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai baru-baru ini. Menurut hasil kajian tersebut, taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5900 sebulan berbanding 2012 yang merekodkan purata pendapatan sebanyak RM5000 sebulan.

Perkembangan itu menunjukkan peningkatan ekonomi Malaysia sudah berjaya dan perkara itu terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3% pada separuh pertama tahun ini. Ahmad dalam menghuraikan satu persatu bantuan dan subsidi yang diberikan kepada rakyat berkata dengan pengumuman penambahan BR1M sebanyak RM300 pada tahun depan, ia mampu menanggung perbelanjaan keluarga untuk tempoh dua bulan.

Pemberian BR1M mengukuhkan sokongan rakyat terutamanya dalam memastikan kemenangan calon BN yang turut dibantu oleh jentera kerajaan dengan kekuatan 28 kementerian.

“Tahun depan kita akan tambah BR1M. Kalau tahun ini RM650 campur RM50 insurans, ia menjadikan RM700.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved