ONEXOX
BannerFans.com

KERANA TERLALU TAKSUB, 'FANS' SHILA AMZAH SANGGUP FITNAH DATO SITI?

on Sunday, September 21, 2014



KUALA LUMPUR: Sudah satu minggu berlalu, namun kontroversi yang melibatkan Shila Amzah masih belum reda.

Tidak dinafikan penyanyi tersebut mempunyai pengikut yang ramai di akaun Instagramnya, termasuklah yang terlalu fanatik.

Yang terbaru, Astro Gempak telah menerima ‘screenshot’ daripada salah seorang pembaca kami yang mendakwa pengikut Shila telah ‘mengheret’ sama penyanyi popular Dato’ Siti Nurhaliza dalam perbualan mereka pada salah satu foto yang dinaikkan artis kesayangan mereka beberapa hari lalu.

Pengikut yang menggunakan pengenalan diri sebagai ‘abgfesyen’ itu telah menjawab salah satu komen peminat yang membandingkan Shila dan Siti.

Mungkinkah kerana terlalu taksub dengan penyanyi pujaannya itu ‘abgfesyen’ tanpa rasa bersalah mengaitkan Siti Nurhaliza dan melemparkan tuduhan sedemikian rupa?

Tulisan ‘abgfesyen’ itu mendapat perhatian Siti yang kemudiannya membalas semula tuduhan yang dilemparkan pengikut taksub tersebut.



Apalah kena-mengena Siti Nurhaliza dalam ‘kisah’ yang dicipta mereka ini sehingga diheret bersama?

Agaknya mungkin kerana terlalu memuja dan taksub sehingga tidak sedar diri sendiri telah memfitnah individu lain?

Mungkin juga ‘abgfesyen’ mempunyai agenda tersendiri untuk melaga-lagakan kedua-dua penyanyi ini atau dengan sengaja mahu menyemarakkan api kemarahan fans mereka?

Bagi Astro Gempak pula, setiap komen yang diberi melambangkan tahap tinggi rendah mentaliti seseorang. Selain itu, komen-komen tanpa fakta yang sahih juga sebenarnya akan menyebabkan artis kesayangan anda itu dihentam balik oleh individu lain.

Tidak mustahil juga, kecaman akan kembali semula kepada anda. Ibarat meludah ke langit, jatuh semula ke muka sendiri.

Untuk itu, jadilah pelayar laman sosial yang bijak, bukan cakap ikut sedap tanpa usul periksa atau carilah fakta yang sahih terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen atau status pada laman peribadi sosial sendiri atau orang lain.

Contohnya seperti peminat ini, bukan main panjang lebar menaip tapi apakah yang ditaipnya itu benar? Adakah peminat ini menulis berdasarkan fakta atau sekadar mahu menjadi perencah tambahan? Tepuk dada, tanyalah akal!



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved