Buat 'group' dengan niat merapatkan hubungan silaturahim satu sama lain atau memudahkan perhubungan satu sama lain.
Tanya khabar satu sama lain, kalau kawan sekolah atau kawan lama, mengimbau kenangan dulu-dulu.
Mengusik-usik, berseloroh dan berjenaka.
Perangai sebenar masing-masing mula terserlah apabila mengeluarkan kata-kata, gambar atau video mengikut citarasa sendiri.
Sudah mula berdebat dan bertengkar akibat tidak sefahaman dalam hobi, pendapat, ideologi dan sebagainya.
Ada yang merajuk dan terasa apabila ditegur kemudian 'leave group'.
Penyudahnya 'group' sunyi, tiada siapa pun peduli ataupun ditutup terus.
Kesimpulannya,
Susahnya orang Melayu hendak bersatu.
Orang Melayu,
Mubin Salleh
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Merajuk dan leave group bukan kesimpulan Melayu susah nak bersatu. Tun Mahathir juga pernah merajuk hingga keluar UMNO. Merajuk dan keluar group itu cuma kesan, tapi penyebab dan puncanya macam2.
Kisah group WhatsApp di atas tu aku percaya ramai yang pernah mengalaminya, termasuk aku. Aku ada beberapa group WhatsApp serta kisah2nya:
1. Group kawan2 sekolah menengah.
Group ni paling ramai, dari kawan2 seklik aku masa sekolah sehinggalah budak batch aku yang aku tak pernah tegur langsung. Group ni hanya diconquer oleh satu klik yang kat sekolah dulu kira budak2 nakal, manakala yang lainnya jadi ahli senyap, termasuk aku. Kat dalam tu ramai yang dah jadi pro-kerajaan, so mengutuk PR tu sudah biasa. Aku tahu ada juga beberapa orang yang pro-pembangkang, tapi mereka tak melawan balik sebab nak jaga hati kawan lama.
Aku pernah leave group tu sebab perangai tak matang masa sekolah menengah diorang masih wujud seperti mengejek2 nama bapak, ejek dengan gelaran2 kita di sekolah dulu dan suka membahan orang dengan peristiwa2 zaman sekolah yang memalukan yang ingin kita lupakan, padahal sesetengah dari tu tak rapat langsung masa sekolah, malah pernah gaduh lagi, tiba2 sekarang nak bahan2 orang pulak.
2. Group kawan2 universiti.
Group ini tak ramai sangat sebab dalam kelas batch aku dulu hanya ada dalam 20 lebih pelajar lelaki. Group ni best sikit sebab kebanyakannya memang klik2 kita masa belajar kat universiti dulu, so masing2 memang paham dengan perangai masing2. Cuma yang tak bestnya bila ada seorang dua yang dah belajar jauh sikit, dah ada master, dah ada PhD, dah dapat title Dr, dah jadi pensyarah di sebuah universiti, tiba2 rasa diri macam hebat sangat dan terus melantik diri sendiri sebagai penasihat dan pengawas group.
Bila berdebat dan bincang apa2 isu, dia tak boleh terima pandangan orang lain dan merasakan hanya dia sahaja yang paling betul, sambil memperlekeh dan merendah2kan pandangan orang lain. Selalu bagi ayat2 motivasi yang dicedok dari Internet tanpa menulis kredit asal, nak menunjukkan kepada kawan2 lain yang kononnya dialah yang mereka ayat tu. Yang lagi poyonya, ada kawan2 yang lain memuji, membodek dan mengagung2kan mamat tu. Sebabkan terlalu menyampah, aku leave group.
3. Group kawan2 sepejabat.
Group ni takde la ramai sangat, adalah lebih kurang 10 orang je yang terdiri daripada pelbagai jawatan, so ada bos ada orang bawahan. Group ni bila ada gossip2 pejabat mesti akan dibincangkan dan jadi perbualan hangat. Kutuk mengutuk bos besar dan kakitangan lain tu perkara biasa. Cuma group ni aku leave bila ada beberapa geng Clash of Clan asyik borak 24 jam pasal game tu je sedangkan aku tak main pun. Sebab bosan sangat dengan berlambak2 notification yang takde kaitan menyebabkan bateri phone aku cepat habis, maka aku pun leave.
4. Group geng2 main futsal.
Group ni orang invite aku semata2 sebab aku pernah turun main futsal dengan diorang, sedangkan majoriti orang dalam tu langsung aku tak kenal. Bila perbualan asyik merapu, bincang topik2 yang tak matang, tambah diorang asyik kongsi gambar dan video lucah je, last2 aku leave je, lagipun aku dah tak join diorang main futsal.
5. Group jiran tetangga.
Group jiran tetangga ni selalunya aktif dengan berita2 berkaitan keselamatan kawasan taman perumahan, macam ada rumah kena rompak, ada rumah kena masuk pencuri, ada jiran kena ikat dalam rumah, ada rumah kena kopak time raya, ada orang negro gaduh kat padang, ada kenderaan dan individu yang mencurigakan sedang berlegar2 dan meronda2 di kawasan taman perumahan dan lain2. Group ni membuatkan aku semakin rasa tak selamat duduk kat situ.
6. Group ahli keluarga dan saudara mara.
Group ni boleh kata paling bosan dan senyap. Dalam tu ada adik beradik, mak bapak, pakcik makcik dan sepupu sepapat. Selalu aktif bila time nak puasa dan raya je. Time2 lain lebih banyak berkongsi tazkirah dan berita copy paste. Masing2 tak mau tunjuk perangai sebenar dengan ahli keluarga.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment