Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin di Taman Pakatan, Ulu Kinta, di sini, mangsa berusia 23 tahun yang sedang bermain telefon bimbitnya terkejut apabila disergah suaminya yang berusia 38 tahun dalam keadaan marah sebelum menuduh mangsa bermain kayu tiga.
Sumber berkata, mangsa kemudian ditampar sebelum suaminya itu mengambil pisau untuk mengugut agar mangsa tidak keluar rumah tanpa kebenarannya.
Katanya, suaminya juga mengingatkan mangsa agar tidak lagi bermain telefon bimbit sekiranya tidak mahu sesuatu berlaku terhadapnya.“Mangsa memberitahu hanya bermain mesej dengan rakan-rakan wanitanya, namun timbul salah faham sehingga menyebabkan suaminya berprasangka buruk.
Mangsa ditempeleng di kepala sehingga menyebabkan kepalanya sakit.
“Tindakan suami mangsa mengeluarkan pisau menyebabkan mangsa takut berlaku sesuatu tidak diingini dan bertindak membuat laporan di Balai Polis Bercham sejurus selepas kejadian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment