ONEXOX
BannerFans.com

Mangsa bot pisang meninggal dunia

on Tuesday, September 16, 2014

Seremban: Seorang mekanik yang parah akibat dirempuh sebuah bot yang menarik bot pisang di pantai Port Dickson pada 7 September lalu, meninggal dunia jam 5.40 pagi ini.

Mangsa, Muhamad Hidayat Ramlan, 23, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, selepas lebih seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa sedang mandi di pantai Dataran Telok Kemang, Port Dickson, sebelum dirempuh bot berkenaan menyebabkan mangsa parah.

Bapa mangsa, Ramlan Pardi, 50, berkata anak lelakinya itu separuh sedar sepanjang rawatan akibat kecederaan pada paru-paru selain mengalami patah rusuk kiri dan menerima lebih 10 jahitan di lengan kiri.

"Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Perdana, Kuala Lumpur, selepas solat Zuhur sebaik urusan bedah siasat selesai," katanya ketika ditemui di bilik mayat HTJ, di sini, pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Zulkifli Adamsah ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa dan siasatan masih diteruskan.

Semalam, seorang pemandu bot pisang Mohd Amirol Yasli, 21, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan memandu bot secara gopoh hingga menyebabkan kecederaan Muhamad Hidayat.

Mengikut fakta pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Muhamad Hidayat dengan perbuatan memandu bot secara gopoh atau cuai sehingga membahayakan nyawa manusia atau keselamatan orang lain.

Kesalahan itu dilakukan di Pantai Dataran Telok Kemang, Batu 8, Jalan Pantai, Port Dickson, dekat sini, kira-kira jam 12 tengah hari 7 September lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dan menetapkan 16 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan serahan laporan perubatan mangsa.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved