Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mayat bayi berkenaan ditemui pekerja pemotong rumput sebelum memberitahu perkara itu kepada anggota polis rondaan bermotosikal sebelum dimaklumkan ke Balai Polis Jinjang.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan, pegawai penyiasat bergegas ke lokasi berkenaan dan menemui mayat bayi berpakaian lengkap berusia beberapa minggu di dalam longkang.
Katanya, siasatan mendapati bayi lelaki berkenaan masih mempunyai tali pusat.
"Bayi berkenaan berpakaian baju dan seluar warna pink lengkap dengan sarung tangan dan sarung kaki.
"Mayat berkenaan tersangkut pada batu di tengah-tengah longkang dan mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat," katanya.
P/s : Kejamnyaa :'(
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment