Melalui Facebook Daily Traffic Report, seorang pengadu telah memuat satu status memohon orang ramai untuk mengesan sebuah kereta Nissan Almera putih yang didaftarkan dengan nombor pendaftaran DCH 3168.
Menurut pengadu tersebut, kereta Nissan terbabit telah menyebabkan kemalangan yang membabitkan adik iparnya di Jalan Paloh Hinai-Muadzam, tengah hari semalam.
Difahamkan, pemandu kereta tersebut, seorang lelaki berbangsa Cina cuba memotong kereta mangsa namun tidak sempat memaksa pemandu Almera terbabit menghimpit kereta mangsa. Mangsa cuba mengelak dan terbabas dalam gaung yang kedalamannya 10 meter.
Terdapat saksi mengatakan pemandu Almera itu berhenti beberapa kilometer dari tempat kejadian untuk memeriksa kenderaannya sebelum meneruskan perjalanan.
Setakat ini, pemandu berkenaan masih belum menyerah diri di mana-mana balai polis. Semoga pemandu yang tak tahu erti tanggungjawab ini di bawa ke muka pengadilan
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment