ONEXOX
BannerFans.com

Pelajar Baru Perlekeh UiTM Di Laman Sosial

on Thursday, September 4, 2014



Seorang pelajar yang baru sahaja bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mencemuh serta memperlekeh universiti tersebut menerusi akaun Twitter miliknya.

Pelajar yang baru mendaftar selama 3 hari tersebut membuat beberapa status yang mencemuh minggu orientasi UiTM dengan kata-kata kesat serta mengheret nama baik universiti itu sebagai sebuah universiti yang tidak akan menjadi pilihan untuk anak-anaknya pada masa akan datang.



Wartawan UNC yang menemuramah beberapa mahasiswa UiTM berkenaan respon mereka tentang pelajar tersebut, rata-ratanya kecewa dengan tindakannya sebagai pelajar baru yang hanya bergelar sebagai mahasiswa selama 3 hari dan telah menunjukkan sikap yang tidak bersyukur selain memalukan UiTM.

Penuntut Asasi Undang-undang UiTM yang mahu dikenali dengan nama Amier Atief menyatakan tindakan pelajar berkenaan memperlihatkan bahawa dia langsung tidak bersyukur mendapat tempat di UiTM manakala Firdaus Zaki dalam kenyataannya menjelaskan pelajar tersebut hanya inginkan perhatian.

Media UNC sempat menghubungi pegawai HEP yang terlibat dengan kursus orientasi, Minggu Destini Siswa UiTM, beliau menjelaskan bahawa keadaan kursus terkawal dan sentiasa mendapat perhatian Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Setiap slot yang disediakan adalah lebih kepada mempermudahkan mahasiswa itu sendiri sebagai pelajar baru supaya dapat menyesuaikan diri di alam universiti selain diuruskan oleh fasilitator yang terlatih.

Namun, sebaik ditanya responnya berkenaan status twitter pelajar tersebut, jelasnya tegas dengan harapan agar pelajar itu digugurkan kerana terlalu bersikap angkuh dan sombong selain berpotensi memalukan UiTM pada masa depan.

Lebih ramai diluar sana pelajar lepasan matrikulasi dan asasi yang memilih UiTM tetapi terpaksa membuat rayuan kerana tidak mendapat peluang.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved