ONEXOX
BannerFans.com

PKR SELAR OLD TOWN WHITE COFFEE KERANA DISKRIMINASI KAUM INDIA

on Tuesday, September 23, 2014



PKR hari ini menyelar tindakan sebuah pemilik francais restoran Old Town White C‎offee kerana mengeluarkan iklan pekerjaan yang mempunyai sentimen diskriminasi perkauman hingga mencetuskan kemarahan orang ramai baru-baru ini.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) berkata, iklan jawatan kosong tersebut yang dikeluarkan restoran Old Town White Coffee cawangan Johor ‎Bahru menyatakan mereka lebih mengutamakan permohonan kaum Melayu dan Cina.

"Kelakuan ini adalah satu diskriminasi dan tidak boleh diterima kerana Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan peluang pekerjaan sepatutnya ditawarkan secara adil dan tidak diberikan berdasarkan kaum," kata timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, meskipun pemilik restoran tersebut sudah mengeluarkan permohonan maaf berhubung isu tersebut, wujudnya niat memberi keutamaan pekerjaan berdasarkan kaum adalah sangat membimbangkan.

"Kalau tidak kerana pengguna-pengguna Internet yang tajam pemerhatiannya dan mengambil berat akan perkara ini, kelakuan mendiskriminasi ini akan berterusan tanpa kesedaran orang ramai," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, meskipun sudah jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan rakyat di negara ini mempunyai hak asasi bekerja tanpa adanya diskriminasi namun perkara itu masih berlaku kepada kaum bukan Melayu dalam sektor awam dan kaum bukan Cina dalam sektor swasta.

"Oleh demikian, kita perlulah melihat dan mengkaji semula diskriminasi kaum yang berlaku di dalam negara secara keseluruhan," katanya.

Beliau menggesa agar isu berkaitan diskriminasi kaum tertentu perlu dibincangkan secara terbuka dan jujur.

Katanya masyarakat Malaysia secara khususnya perlu ‎melihat isu diskriminasi itu dengan perspektif lebih luas dan menyasarkan objektif untuk menggalakkan dan memastikan kehidupan yang harmoni dan peluang yang sama rata diberikan kepada semua.

‎"Untuk mencapai perkara ini, semua komuniti perlu bekerjasama dan bersedia untuk membincangkan isu ini secara terbuka dan jujur jikalau kita ingin merumuskan sebuah polisi yang adil dan saksama untuk seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Sebelum ini iklan restoran Old Town White Cofee di salah sebuah cawangan di Johor Bahru diselar pengguna Internet kerana berterus-terang mengatakan mereka hanya mengutamakan permohonan pekerja daripada kaum Melayu dan Cina.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved