ONEXOX
BannerFans.com

Taktik Terbaru Penjenayah Untuk Merompak, Menyamar Sebagai Penarik Kereta

on Monday, September 1, 2014



Just nak cerita bnda ni jadi kat anak saya semalam n ni bukan cerita berangkai.

Smalam masa kat pam minyak shell kepong.. Kereta saya kena block ngan 4 org lelaki india kereta waja kelabu tinted.

Sorg india cuba bukak pintu kereta n nasib baik saya memang masuk jer kereta its a practice saya lock pintu.

Pastu dia ketuk cermin kereta.. Saya turunkan sikit nak dengar dia cakap apa. Lelaki india tu tunjuk card kuasa laju2 pastu cakap dia nak tarik kereta saya sebab tak bayar 3 bulan..

Dah sah la memang kereta sendiri n saya tau saya bayar so saya berkeras la cakap saya bayar elok jer.. Pastu laki india tu still push saya suruh turun kereta (walaupun saya rasa nak nangis cakap saya bayar tiap2 bulan)sbb dia nak tunjukkan surat daripada bank yang dia letak dalam kereta dia..

N memang tak la saya nak turun sebab ada tiga org laki india tunggu dlm kereta tu yang elok melintang blok kereta saya..

So saya cakap kat diaorg.. Tunggu saya kol bank n ijol akan datang..n saya takkan turun..

Ada sorg lelaki melayu try masuk campur tapi bila laki2 india tu cakap dia geng tarik kereta.. Lelaki tu terus blah..

Nak jadi cerita bila saya cakap saya nak kol bank n kol kawan(ijol) as back up, diorg terus cakap kat saya.. Takper, this time tak jadi tarik.. Next time kalau tak bayar dia nak tarik.. So diorg pun blah..

Saya takut n panic n biler report polis. Polis cakap dah pernah jadi kes mcm tu n biler owner kereta turun dari kereta masuk jer kereta diorg siap letak parang kat leher.. Kes samun kenderaan n owner sekali..saya harap semua becareful.. Selama ni tak percaya bnda ni n biler jadi baru saya tau memang menakutkan..

------------

Kami menasihatkan agar semua pembaca lebih berhati-hati dan berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa tindakan. Jangan terus keluar dari kereta apabila situasi seperti ini berlaku. Lagi-lagi jika anda berseorangan. Tolong sebarkan pesanan ini kepada kawan-kawan anda agar kes sebegini dapat dielakkan. SHARE

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved