ONEXOX
BannerFans.com

TANGAN RABAK DIBALING BOM KE ARAH KERETA DI KLANG

on Sunday, September 7, 2014



Klang - Laman Facebook My Youth National Crime and Safety telah memuat naik gambar yang amatlah mengerikan iaitu keadaan mangsa serangan bom buatan sendiri yang dilaporkan terjadi di Klang baru-baru ini. Tujuannya agar penduduk di sekitar kawasan Klang berwaspada dengan kehadiran penjenayah yang membaling bom buatan sendiri.

Berdasarkan penerangan oleh Anson Ho, adik kepada mangsa, abangnya bersama dengan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang setelah makan lewat malam di Bukit Tinggi.

Ketika melalui sebuah stesen minyak, tiba-tiba sebuah motosikal yang membawa pembonceng melempar satu objek ke arah cermin kereta abangnya. Pada ketika itu, cermin kereta abangnya terbuka.

Abangnya menepis objek tersebut, malangnya, objek tersebut adalah sebuah bom buatan sendiri. Tindakan abangnya itu menyebabkan kecederaan yang parah di alami di tangan abangnya hingga terbelah. Namun, tindakan abangnya itu juga telah menyelamatkan dua lagi rakannya di dalam kereta berkenaan.



Kepada orang-orang yang berada di kawasan Klang, berhati-hati lah dengan mereka ini  Jika anda memandu kereta, pastikan cermin sentiasa tertutup

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved