Pasti ramai yang menyedari keadaan ini setiap kali memasuki tandas awam dan adakalanya ‘iklan’ haram ini turut menawarkan khidmat urutan dan seks.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa tandas awam di sekitar daerah ini mendapati hampir kesemua tandas terconteng pelbagai lakaran berunsur lucah dan keadaan itu mengundang tanggapan negatif kebanyakan pengguna.
Tindakan menebuk dinding juga dianggap sangat memalukan kerana banyak berlaku di tandas lelaki sahaja, tujuannya untuk mengintai dan sudah pasti dilakukan lelaki bernafsu songsang.
Kontraktor binaan, Amri Mohdi, 43, berkata, perkara itu seakan sudah menjadi budaya kotor generasi hari ini dan sewajarnya dicegah daripada terus menjerumuskan akhlak mereka ke arah maksiat.
“Biasanya saya tengok perkataan lucah dan servis disesiakan oleh lelaki untuk lelaki dengan nombor telefon untuk dihubungi.
“Saya kesal kerana terjadi sekarang dan kita khuatir perkara ini diterjemahkan dalam bentuk perbuatan bagi mereka yang suka mencuba,” katanya.
Katanya, dia kasihan melihat generasi hari ini kerana kelemahan iman sehingga sanggup melakukan perbuatan maksiat tanpa rasa takut.
Menurutnya, perlu ada tindakan segera diambil pihak berwajib.
“Satu kelemahan budak sekarang mereka cuba hubungi dan mahu lakukan sendiri terutama kalau kurang pegangan agama.
“Kasihan dengan generasi hari ini tapi kalau boleh kita saling nasihat supaya jauhi benda maksiat sebab kita fikir generasi akan datang. Kalau kita lengahkan akan berterusan,” katanya.
Amir mencadangkan agar kerjasama daripada pihak berwajib untuk membendung masalah sosial itu.
Peniaga kuih bahulu, Sabariah Razali, 31, merasa hairan kerana perbuatan seumpama itu yang tidak berkesudahan walaupun pihak pemilik premis mahupun pengusaha stesen minyak dan tandas milik pihak berkuasa telah membersihkan kotoran yang dibuat pada pintu dan dinding tandas.
“Ini budaya kuning yang kian menular. Apa lagi kita nak buat kalau tiada kesedaran dalam diri setiap daripada kita.
“Buat apa pun langkah pembersihan tapi kalau tak ada kesedaran sukar nak hentikan,” katanya.
Manakala, peniaga kedai buku, Nurhafiza Idris, 24, berkata, perbuatan tersebut bukan saja berlaku dalam tandas lelaki malah perempuan yang turut menawarkan khidmat songsang.
“Tandas perempuan pun ada siap bagi nombor telefon dan letak nama perempuan dengan ayat lucah.
“Memalukan dan patut dihentikan,” katanya.
Dia mencadangkan agar pihak berkuasa menguatkuasakan sesuatu tindakan yang boleh memberi pengajaran kepada pelaku seperti kompaun jika didapati melakukan perbuatan menconteng ayat lucah di tandas.
“Kita tidak tahu apa langkah yang paling sesuai tetapi sekurang-kurangnya ada tindakan penguatkuasaan yang boleh mengurangkan perbuatan buruk ini,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment