ONEXOX
BannerFans.com

WANITA DAKWA DIPIPIT PEGAWAI POLIS, RELA DAN JPAM

on Thursday, September 25, 2014

Sandakan: Tiga anggota pasukan keselamatan ditahan pagi ini, kerana disyaki merogol seorang wanita berusia 21 di sebuah hotel di bandar ini, malam Isnin lalu.

Anggota keselamatan pelbagai agensi penguatkuasa dan sukarelawan berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan di Balai Polis Sandakan selepas wanita terbabit membuat laporan, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Senior Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, wanita terbabit membuat laporan bahawa ketiga-tiga anggota terbabit merogolnya selepas mangsa gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditahan suspek, kira-kira jam 1 pagi.

"Wanita itu mendakwa tidak dapat menunjukan dokumen apabila diminta oleh anggota pasukan keselamatan yang melakukan rondaan bersama itu dan kemudian dia dipaksa melakukan hubungan seks," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved