ONEXOX
BannerFans.com

Anak Datuk Larikan Diri Ke Australia Mendapat Taraf Pemastautin Setelah Terlibat Dengan Kes Bunuh

on Tuesday, October 14, 2014



PUTRAJAYA 13 Okt. – Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap tuduhan membunuh eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap yang mayatnya ditemui dalam keadaan separuh b*g@l di kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah, lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Linton Albert yang bersidang bersama Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Kuorum itu sebulat suara berpuas hati bahawa wujud kes prima facie terhadap Shahril Jaafar, 33, yang memerlukannya membela diri terhadap tuduhan membunuh.

Shahril yang merupakan anak seorang kenamaan bergelar Datuk didakwa membunuh Gaik Yap di kawasan kelab tersebut antara pukul 5.30 petang, 14 Januari 2006 dan pukul 3.05 pagi, keesokannya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved