“Salam tuan.
Selepas baca respon tentang kenaikan gaji MP td, baru saya berani untuk kongsi. Saya setuju kenaikan gaji MP sebab ayah saya bekas MP PKR.
Semasa dia menjadi MP, benar seperti apa yang direspon pada tuan, Ayah saya juga tidak terkecuali. Orang ramai datang rumah minta duit untuk beli ubat anak, bayar yuran anak, bayar duit nak pergi program anak.
Ayah saya terpaksa bayar gaji pekerja-pekerja yang bekerja di pusat khidmat dengan duit gaji sendiri. Untuk MP Pakatan Rakyat, mereka terpaksa bergantung sepenuhnya pada gaji dan elaun untuk run segala kerja mereka.
Ketika itu saga dan lapan orang adik masih belajar. Bukan semua MP makan gaji buta. Ayah saya telah cuba sehabis daya membantu. Beban tugas sebagai MP sangat berat. Keluarga tempat dia luahkan segalanya. Sebab tak semua orang dia mampu untuk penuhi permintaan.
Sekadar perkongsian peribadi. Salam.
Kini anda faham mengapa Shahidan Kassim mengeluarkan kenyataan bahawa MP seringkali ikat perut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment