Beberapa keping gambar seorang lelaki yang memakaikan pakaian baharu kepada gelandangan tersebar dan menjadi viral di laman Facebook.
Tindakan lelaki tua berkenaan mendapat pujian ramai yang menyifatkan dia mempunyai peribadi mulia.
Menurut maklumat daripada sebuah akaun milik Malaysians Against Racism di laman Facebook, gambar itu dirakam di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dan ia dikirimkan oleh individu bernama Malek Hassan.
Seorang pengguna, Yinhan Phoon berterima kasih dengan tindakan sebegitu yang secara tidak langsung menggambarkan keperihatinan rakyat Malaysia.
“Malaysia kelihatan lebih cantik dengan tindakan seperti ini, terima kasih!” tulisnya.
Pandangan itu turut dikongsi oleh Farah Ramlee yang berharap ramai lagi rakyat Malaysia bersikap seperti ini.
“Semoga Allah memberkati anda sentiasa. Harap dapat lihat lebih banyak tindakan seperti ini,” tulisnya di laman Facebook.
Manakala bagi Nian Gill, lelaki berkenaan juga disifatkan sebagai seorang Muslim yang baik.
“Satu contoh sebagai seorang Muslim yang baik,” tulisnya.
Malah, rata-rata ramai yang turut menyampaikan mesej tanda hormat terhadap tindakan lelaki itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment