ONEXOX
BannerFans.com

FINAL DESTINATION: LELAKI TERSELAMAT DARI KEMALANGAN MAUT DIREMPUH ISTERI SENDIRI SELEPAS KEJADIAN

on Monday, October 6, 2014



Malang tidak berbau bagi seorang lelaki Perancis yang terselamat dari kemalangan kereta, tetapi kehilangan nyawa di tangan isterinya sendiri beberapa minit selepas kejadian.

Lelaki yang berusia 56 tahun itu sedang memandu bersama anaknya apabila keretanya merempuah satu selekoh tajam di Carville, utara Perancis.

Kereta itu terbalik dan jatuh ke dalam parit tetapi kedua-duanya sempat melarikan diri tanpa cedera, menurut laporan oleh Ouest-France.

Lelaki berkenan seterusnya menelefon isterinya untuk mengambil mereka di tempat kejadian.

Bagaimanapun, isteri lelaki berkenaan yang berusia 44 tahun, merempuh selekoh tajam yang sama, menyebabkan keretanya terjunam ke arah kereta suaminya yang menyebabkan suaminya mati di tempat kejadian.

Isteri dan anaknya terselamat dari kemalangan tragis itu.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved