ONEXOX
BannerFans.com

Jawapan Perodua Kurang Meyakinkan

on Wednesday, October 15, 2014



Laporan media sosial: Beberapa keping gambar tersebar di laman sosial menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada. Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)...sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya pada kualiti kereta anda.

JAWAPAN PERODUA:

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam, menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya. -SH

ULASAN GB

Jawapanbalas dari Perodua nampaknya kurang fakta dan kurang meyakinkan.

Benarkah kenderaan-kenderaan tersebut terbabit dengan kemalangan? Sebab tiada kesan perlanggaran di bahagian belakangnya dan tidak pula dimajukan fakta tepat bila, di mana dan siapa yang terlibat jika benar ia kemalangan.

Kedua, menuding bahawa ia rekaan atau fitnah tidak samasekali boleh memadamkan kebenaran. Melihat kepada gambar-gambar berkenaan, sukar untuk menepis dakwaan mengenai kualiti rendah kenderaan berkenaan oleh pengeluarnya.

Kita berharap mereka yang terlibat dengan penyebaran gambar tersebut dapat tampil ke hadapan untuk menjelaskan "hal sebenar" supaya ia dapat mendedahkan kebenaran.

Rasanya sudah sampai masanya Undang-undang Lemon diperkenalkan bagi melindungi pemebeli kenderaan.

‘Undang-Undang Lemon’ lindungi pembeli kenderaan, kata persatuan pengguna
Adakah pembeli kereta lebih suka mendapat ganti baru bagi kenderaan yang rosak atau cuma membaikinya sahaja sepanjang tempoh jaminan?
Ekoran peningkatan aduan tentang pembelian kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan, satu kumpulan pengguna mahu "Undang-Undang Lemon" diperkenalkan di sini bagi membolehkan pengguna membuat tuntutan terhadap produk rosak yang terjual dalam masa singkat.
Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Ratna Devi Nadarajan berkata, sebanyak 4,915 aduan diterima tahun lalu, kebanyakannya berkait dengan keluaran kereta baru oleh pengilang terkemuka, tempatan dan antarabangsa.
"Daripada aduan, jumlah kerugian daripada industri automobil mampu mencecah kira-kira RM22 juta," katanya kepada The Malaysian Insider sebelum satu seminar membincangkan undang-undang ini diadakan Kuala Lumpur, minggu ini.
Undang-Undang Lemon memberi peluang kepada pengguna menukar produk jika mereka dapat membuktikan kerosakan yang dihadapi berpunca daripada kesilapan pengilang.
Di negara lain, undang-undang itu meliputi produk am seperti barangan elektrik, elektronik serta perabot.
Di Amerika Syarikat, Undang-Undang Lemon membenarkan pengguna menukar pembelian kereta (kemudiannya diguna pakai terhadap barangan pengguna lain) bagi menggantikan produk yang gagal memenuhi standard kualiti dan prestasi.
Singapura, Filipina, China, Jepun, dan Korea Selatan mempunyai undang-undang sedemikian yang melindungi penggunanya termasuk pembelian kenderaan.
Ratna berkata di bawah Undang-Undang Lemon, pengguna berhak mendapat barang ganti, pengembalian wang dan pengurangan harga kerana kerosakan sesuatu produk.
"Buat masa ini, klausa jaminan yang tidak jelas tidak memberi perlindungan sepenuhnya kepada pembeli kenderaan," katanya sambil menambah pengeluar dan agen sering lepas tangan apabila tamat tempoh jaminan.
Katanya, beban kini terletak di bahu pengguna bagi membuktikan kenderaan mengalami kerosakan semasa awal pembelian.
"Jika undang-undang ini diguna pakai, beban akan dipindahkan kepada pengeluar dan ejen mereka," katanya.
Katanya, NCCC mahu kerajaan menggubal undang-undang itu kerana kereta keluaran baru dijual di Malaysia agak mahal kerana dikenakan cukai, malah tidak ada badan kawal selia untuk pengguna membuat aduan kenderaan.
Katanya, NCCC berjumpa dengan beberapa pegawai kerajaan dalam usaha agar Undang-Undang Lemon dilaksanakan tetapi mendapat sambutan hambar.
"Kita akan teruskan mendesak agar undang-undang ini dilaksanakan, sama ada secara berasingan atau dimasukkan dalam undang-undang sedia ada yang berkaitan kepenggunaan," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved