ONEXOX
BannerFans.com

Pakar pantai buat kajian di pantai Telok Kemang untuk jadikan pantai terbaik dunia, 101 Best Beaches!

on Thursday, October 16, 2014

TELOK KEMANG - Telok Kemang menjadi pantai pertama yang dikunjungi oleh pakar pantai dunia, Brad Farmer untuk tujuan kajian dan penyelidikan bagi penerbitan buku terbaharunya berjudul 101 Best Beaches.com Asia.

Brad Farmer, 55, berkata, dia dan jurugambar, Jaka Adamic, 40, sudah beberapa kali datang ke negara ini, namun ini adalah kali pertama kedatangannya untuk melakukan kajian dan penyelidikan.

“Kami memulakan kajian di pantai Port Dickson sebaik tiba di sini.

“Kajian kami merangkumi semua aspek seperti air laut, pasir dan persekitaran. Kami juga mengambil kira keselamatan pengunjung pantai dan yang penting adalah pantai itu menarik dan bersih,” katanya.

Brad berkata, dia sudah mengembara lebih 35 negara dan melihat beratus pantai sepanjang tahun. Buku semasa 101 Best Pantai Australia mendapat pujian penjual terbaik.

“Buku 101 Best Beaches.Com Asia adalah sebuah buku untuk mempromosikan pantai versi Asia dan disokong oleh Tourism Australia.

"Buku ini bertujuan untuk memberikan pengalaman yang komprehensif dan unik untuk peminat pantai di seluruh dunia,” katanya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved