ONEXOX
BannerFans.com

Penjawat Awam Teruja Dapat Bonus Setengah Bulan Gaji

on Saturday, October 11, 2014


Berdasarkan beberapa tinjauan yang dibuat ke atas penjawat awam melalui status laman sosial milik mereka berkenaan Bajet 2015 yang dibentangkan hari ini, rata-ratanya memberi maklumbalas positif apabila Kerajaan mengumumkan pemberian bonus tahun ini sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.

Perdana Menteri, Najib Razak pada Jumaat dalam sesi pembentangan Bajet 2015 telah mengumumkan bahawa setiap penjawat awam akan diberi bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang akan dibayar pada awal Januari 2015.

Dalam pembentangan Bajet 2015 itu juga, Najib turut mengumumkan Kerajaan akan memberi bantuan khas kepada pesara kerajaan sebanyak RM250. Jelas Najib lagi, inisiatif yang dilakukan Kerajaan ini akan memberi manfaat kepada 1,655 orang penjawat dan pesara awam.

Bagi menghargai jasa pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Seranta Felda yang telah berkhidmat lebih 15 tahun menguikut umur persaraan wajib, bantuan bulanan sebanyak RM300 akan diberi pada yang berkenaan.

Sebelum sambutan Aidilfitri lalu, Kerajaan telah memberi Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan bagi membuat persiapan Hari Raya.

Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan berharap, dengan pemberian bonus ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban akibat kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam yang mempunyai anak sebagai persediaan awal sebelum musim persekolahan bermula.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved