Setelah diperkenalkan dua tahun lalu, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai RM700 juta untuk merakam pemandu laju kini menjadi gajah putih, tidak dapat memenuhi tujuan mencegah pelanggaran had kelajuan kerana berhadapan dengan isu undang-undang yang masih tertangguh.
Saman masih dikeluarkan menerusi sistem ini – hampir RM1.5 juta mengikut jumlah terkini – tetapi hanya sedikit yang membayar, kerana tindakan Peguam Negara membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda dalam tempoh ditetapkan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan hanya kira-kira 200,000 saman daripada jumlah itu diselesaikan, tetapi tanpa kuasa untuk menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar, AES menjadi alat tidak berkesan untuk mencegah mereka yang memandu melebihi had laju.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kepada The Malaysian Insider, AES masih relevan, tetapi ia jadi sia-sia selagi pembekuan masih diteruskan.
"AES terus beroperasi dan kami terus memberi saman, tetapi belum ada keputusan daripada Peguam Negara sama ada kita boleh menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar dalam tempoh masa tertentu.
"Selagi tidak ada keputusan mengenai perkara itu, kita tidak boleh menyenarai hitam sesiapa. Justeru, ini menyebabkan AES tidak berkesan," katanya.
Dalam satu sidang Parlimen, Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (PAS), sejumlah 1,492,084 saman AES bernilai RM51.4 juta dikeluarkan sejak ia ditubuhkan pada 23 September 2012 hingga Ogos 31 tahun ini.
Daripada jumlah itu, 1,298,015 saman masih belum dibayar lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
AES perlu pelan penguatkuasaan berhemah. SOP aliran kerja mengeluarkan notis saman AES secara serta merta menyebabkan pengguna jalanraya atau lebuhraya panik dan marah. Kemungkinan perintah penguatkuasaan apperantis AES setahun selepas pemasangan tidak perlu pengeluaran notis saman melainkan pengrekodan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dikawasan pemasangan sebagai maklumat umum berkenaan pendedahan sikap cuai pemandu. Selepas itu dalam tempoh tersebut rekod ini boleh digunakan sebagai memberitahu dan peringatan kepada pemandu yang telah melakukan lebih tiga kali kesalahan patut mula diberi kompaun dan akan dikompaun seterusnya sekiranya melakukan kesalahan lagi. Maka selepas setahun perlaksanaan penguatkuasaan apperatis, barulah penguatkuasaan serta-merta dikuatkuasa.
October 18, 2014 at 8:38 PM
Post a Comment