Harga getah merudum, penoreh hadapi masalah meruncing, kalau setakat menoreh getah kurang daripada 1 hektar pada masa ini hasilnya nak dapat 180 kg sebulan pun susah, tambahan kalau pekebun kecil bergantung semata mata pada penorehan getah sahaja.
Merayu pada kerajaan agar ditetapkan harga lantai, macam macam jawapannya sedang di bincangkan dalam makmallah dan terbaru ni dicadangkan dibuat jalan gunakan getah. Itu ini begitu begini dah nak sampai hujung tahun.
Langkah sementara beri one off kepada penoreh sama ada penoreh itu pemilik mahupun penoreh itu menoreh kebun orang lain, berduyun duyunlah menuju ke pejabat Risda isi borang. Dan bagi yang menunggu datangnya hari lebaran, berharap akan dapat sebelum hari lebaran.
Sebelum pr 2013 ada juga one off untuk pekebun kecil tapi hanya untuk pemilik kebun dan cepat dapatnya tapi 2014 ditambah kategori mereka yang layak dah hampir 4 bulan masih tidak menerima one off bagi membantu pekebun kecil atasi kemelut kejatuhan harga getah yang di uar uar kerajaan.
Apabila kerapkali ditanya kepada pihak RISDA daerah jawapannya agak negatif ; katanya bajet dah habis dan yang lebih mengharukan kenyataan yang meyatakan kemungkinan tidak dapat. Dan katanya lagi masih ramai yang belum dapat dan kemungkinan tidak dapat
Jadi disini mana silapnya ada yang dapat dan ada yang tidak dapat, benarkah bajet dah habis? Pihak berkuasa RISDA perlu memberi pencerahan. Borang dah isi. Adakah pekebun kecil yang masih belum mendapat bantuan tersebut bolehkah mendapat bantuan tersebut.
Dan soalan yang besar benarkah bajet dah habis dan kalau dah habis mana silapnya dalam kaedah pengiraan penerima yang layak.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment