ONEXOX
BannerFans.com

Shahidan kecewa gaji Ahli Parlimen tidak dinaikkan

on Saturday, October 11, 2014

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim, kecewa apabila gaji bagi 222 Ahli Parlimen tidak dinaikkan semasa pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi.



Katanya, bukan sahaja gaji Ahli Parlimen tidak dinaikkan malah gaji Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri juga tidak dinaikkan.

“Walaupun dalam hati saya ada rasa sedih tetapi kita terima dengan hati yang terbuka,” katanya kepada media dilobi Parlimen petang tadi.

Tambah walaupun gaji Ahli Parlimen tidak dinaikkan namun mereka berpeluang untuk melakukan perubahan gaji mengikut Gred Jusa iaitu Gred 54 keatas.

Katanya, peningkatan gaji Ahli Parlimen perlu dilalukan bagi menanggung kos pengurusan Ahli Parlimen seperti pembayaran gaji pembantu Ahli Parlimen, kos untuk kebajikan rakyat seperti perkahwinan dan kematian, semua itu perlu dilakukan oleh Ahli Parlimen di kawasan masing-masing mengikut kemampuan yang ada.

Semalam beliau berkata kenaikkan gaji ini wajar dilakukan dan menanti lampu hijau daripada Perdana Menteri samaada mengumumkan ataupun tidak sewaktu pembentangan Bajet 2015.

Jelasnya, sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau sendiri terpaksa mengikat perut kerana gaji Ahli Parlimen di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia.

“Jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen di Uganda, gaji mereka lebih dua kali ganda daripada gaji Ahli Parlimen di Malaysia. Begitu juga jika perbandingan dilakukan terhadap gaji Ahli Parlimen di Singapura,” katanya.

Gaji Ahli Parlimen pada masa ini telah diguna pakai sejak 1 Januari 2004. Gaji bulanan mereka ialah RM6,500 tetapi mencecah kira-kira RM13,000 jika ditambah dengan elaun.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved