Siapa ada dapat kiriman gambar ini di Whatsapp atau ada melihatnya di mana-mana laman internet?
Baru-baru ini gambar seorang wanita yang didakwa bekerja sebagai guru telah menjadi viral di persada internet. Apa yang menarik perhatian ramai adalah penampilan guru tersebut yang memang tak dapat dinafikan memang cantik menawan.
Tapi, apabila melihat komen para netizen tentang gambar yang turut dikongsi di Facebook PenMerah [dot] com ini, terkejut juga kami dengan komen para netizen.
Rata-ratanya marah dan menyatakan perasaan tidak berpuas hati dengan pemakaian guru tersebut.
Ada juga yang suka dan memberi komen positif.
Seperti juga caption asal gambar tersebut, ramai juga yang menjadikan ianya bahan jenaka seperti ini.
Kami kurang pasti jika pakaian guru tersebut tidak menepati etika pemakaian guru di Malaysia.
Menurut seorang netizen yang memberi komen, walaupun baju kebangsaan dibenar dan digalakkan , tetapi bukan kebaya pendek.
Ini maklumat yang kami dapat dari sebuah blog.
ETIKA PAKAIAN PEREMPUAN (Guru)
2.1 Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata.
2.2 Baju mestilah berlengan dan tidak sendat/ ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan.
2.3 Seluar panjang yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan hendaklah dipadankan dengan baju yang labuhnya melebihi paras punggung.
2.4 Skirt yang bersesuaian,tidak sendat/ ketat dan labuhnya hendaklah melebihi paras lutut.
2.5 Jeans, baju T sama ada berkolar atau tidak, dan seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali.
2.6 Tudung kepala yang menutup sebahagian atau seluruh muka (berpurdah) tidak dibenarkan.
2.7 Selipar dan kasut sukan tidak dibenarkan dalam waktu pejabat.
Sejujurnya pada mata kami tidak ada apa yang salah pun pada pemakaian guru tersebut dari segi kesopanan.
Pendek kata tidaklah mencolok mata, nak dikatakan singkat pun tidak, nak dikatakan terlalu ketat pun tidak, tetapi mungkin aura baju kebaya itu sendiri yang memberi gambaran imej seksi kepada pemakainya.
Lagipun, rupa paras guru tersebut kalau diteliti memang cantik orangnya, mungkin juga ini faktor yang mempengaruhi perdebatan ini.
Apa pula pandangan anda? Salahkah guru bergaya dan berpenampilan cantik ketika bertugas? Atau memang benar pakaian guru ini tidak sesuai dan menyalahi etika?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 3 comments... read them below or add one }
menjolok laa bkn mencolok..tak menjolok ape nye admin woii...menjolok laa tu..dh laa bj singkat..cb tgk bhgn blkg tu atas punggung..kain tu ketat menampakkan bentuk punggung hingga ke bawah...cb baca dan fhm btl2 etika pemakaian tu...adoiii...xkn laa sbb cikgu tu cntk ape y dipakai tu kt sokong..cb y pkai tu cikgu2 y dh berumur,bentuk bdn pun x bape nk ramping agak2 admin ckp tak menjolok ke tak??bg aku laa,klu pompuan cntk pkai bj y menjolok mata pun dikata sopan tp klu pompuan y kurg cntk pkai bj menjolok mata bkn main lg dihentam...diskriminasi btl...cntk ke tak cntk ke y pntg tlg jg etika pemakaian...
October 14, 2014 at 7:16 PM
Dalam pengajian tatabahasa bahasa melayu mmg MENCOLOK MATA la...kalau MENJOLOK tu lebih kepada fizikal kan?? Pakaian tu xjolok pon...kalau rujuk bku cetakan 1983 mmg menjolok tp cetakan baru kita dah guna mencolok...be up to date...
October 14, 2014 at 9:05 PM
menyalahi etika 2.1
(2.1 Baju kurung atau baju kurung moden atau kebaya labuh, atau kebarung atau jubah atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata.)
ini bukan kebaya labuh tetapi lebih kepada kebaya sendat..
-pndgn peribadi-
October 15, 2014 at 12:47 AM
Post a Comment