Gara-gara ingin memutuskan hubungan cinta, seorang gadis terpaksa menanggung malu apabila gambar censorednya itu dimuat naik ke laman Facebook oleh bekas teman lelaki durjananya itu.
Mangsa hanya menyedari kejadian itu ketika melayari Facebok apabila terlihat 20 gambarnya tanpa seurat benang menjadi tatapan umum.
Sebelum ini, mangsa yang berusia 17 tahun itu seringkali berkongsi gambarnya dengan teman lelaki yang dikenalinya sejak setahun yang lalu melalui laman Facebook.
Bagaimanapun, mangsa belum pernah bersua muka dengan teman lelaki alam mayanya itu namun kerap bersembang dan berkongsi gambar melalui WeChat sepanjang perhubungan mereka.
Mangsa cuba memutuskan hubungan cinta alam maya itu membuatkan suspek berang dan bertindak menyebarkan gambar censorednya di Facebook. Suspek mengakui dia menyebarkan gambar-gambar mangsa itu.
Dia bertindakn sedemikian untuk mengaibkan mangsa kerana tidak puas hati dengan tindakan mangsa yang cuba memutuskan percintaan mereka.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment