ONEXOX
BannerFans.com

Bapa cari dan tangkap sendiri pembunuh anak

on Monday, November 17, 2014



Gara-gara berang terhadap kumpulan perompak yang membunuh anaknya, seorang ahli perniagaan bertindak mencari dan menangkap ketua geng terbabit secara sendirian.

Anaknya, Muhammad Khairul bersama lima rakan dikatakan duduk di sebuah pondok di tasik Taman Tasik Ing Tai Kim, Setapak sebelum mereka ternampak sekumpulan 20 lelaki menunggang motosikal menghampiri dua lelaki yang berjalan di taman rekreasi itu untuk merompak pada pukul 11.36 malam.

Apabila dua lelaki tersebut melarikan diri, kumpulan bermotosikal itu beralih arah kepada Muhammad Khairul dan kawan-kawannya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Supritendan A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, kumpulan 20 lelaki itu kemudian memaksa enam remaja terbabit menyerahkan telefon bimbit dan barangan berharga sehingga menyebabkan tercetus pergaduhan.


Suspek yang di tangkap

“Muhammad Khairul enggan mengikut arahan kumpulan itu sehingga menyebabkan perompak terbabit berang dan memukulnya dengan objek tumpul.

“Ketika pergelutan berlaku, Muhammad Khairul terjatuh kedalam tasik . Salah seorang rakannya cuba menyelamat mangsa tetapi gagal.

“Polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Setapak bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan dan menjumpai mayat mangsa pada pukul 1.30 pagi,” katanya.

A. Asmadi berkata, bapa mangsa tiba di Setapak dari Johor dan bercakap dengan kawan-kawannya mengenai kejadian itu.

“Salah seorang kawan mangsa memberitahu mereka kenal dengan ketua kumpulan itu.

“Ahli perniagaan itu kemudian mencari dan menangkap seorang remaja lelaki serta menyerahkan kepada polis,” katanya sambil menambah telah menangkap enam remaja berumur 13 hingga 16 tahun.

Jelas A.Asmadi, polis kini sedang mengesan tujuh lagi remaja yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi polis di talian 03-21159999 atau ke balai polis berhampiran.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 8 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Korang ni budak2 lagi...perangai dah mcm taiko2 je...sifir 4 pun belum tentu boleh jawab ada hanti nak merompak.


November 17, 2014 at 5:55 PM
Anonymous said...

bagus ayah dia.. moga arwah anaknya tenang dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman serta dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT..Aamiiin...


November 17, 2014 at 7:58 PM
Unknown said...

aku tau mcm mna nk didik kanak2 feeling gangster camni. kita tengok klu mak bapa xde camni jdnya. bapa xtau didik.


November 17, 2014 at 7:58 PM
Anonymous said...

penjarakan jer diaorg nih suma 20tahun 10 sebatan...sb klu masuk sekola jahat jer mcm x berat hukuman..pastu kluar jd penjenayah tegar...


November 17, 2014 at 8:53 PM
Anonymous said...

Senang kerja polis kan....? kluarga sdiri yg setelkn masalah


November 17, 2014 at 9:14 PM
Unknown said...

akan ku ingat nama mu , SAHABAT :')


November 19, 2014 at 11:17 AM
Anonymous said...

kecik2 dah perangai mcm ni... sedih tgk perangai budak2 skang...


November 19, 2014 at 6:12 PM
Anonymous said...

lydya osman, setuju dgn awk... tapi sy rase lambakan cerita ala2 gengster x kira la filem tempatan atau luar jadi antara penyebab kes mcmni berlaku... dorang terpengaruh nak jadi gengster bila dah tgk filem2 mcmtu...


November 19, 2014 at 6:15 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved