ONEXOX
BannerFans.com

Bapa Dera & Cabul Anak Sendiri Di PPR Sungai Besi

on Wednesday, November 19, 2014



KUALA LUMPUR: Seorang penganggur ditahan polis kerana dipercayai mendera dan mencabul anak perempuannya berusia sembilan tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Besi di sini, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditahan selepas membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya sedangkan kanak-kanak tersebut menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

"Lelaki itu mendakwa anaknya telah hilang dan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas kira-kira pukul 11.30 pagi bersama jirannya sebelum membuat laporan polis pada Ahad lepas.

"Siasatan awal mendapati anaknya telah dihantar ke hospital itu Khamis lepas oleh jirannya selepas mengesyaki mangsa telah didera.

"Pemeriksaan perubatan mendapati wujud beberapa kecederaan antaranya kesan lebam di bahagian peha kiri selain tanda-tanda mangsa dicabul. Berikutan itu, laporan polis dibuat dan bapa kanak-kanak itu ditahan," katanya kepada pemberita semalam.

Khairi berkata suspek ditahan reman selama lima hari dan kes telah disiasat berdasarkan peruntukkan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (penderaan ke atas kanak-kanak) dan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (mencabul).

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved