ONEXOX
BannerFans.com

Berita Palsu Biskut Munchy’s Tidak Halal Mengandungi Arak

on Sunday, November 16, 2014

Berita palsu biskut jenama Munchy’s tidak halal dan mengandungi arak. Menerusi applikasi laman sosial Whatsapp, kini tersebarnya dakwaan bahawa biskut jenama terkenal Munchy’s dikatakan mengandungi arak. Tambah laporan khabar angin itu lagi, kononnya kilang Munchy’s di Batu Pahat telah diserbu oleh pihak JAKIM dan menemui beberapa stor atau gudang alkohol yang dipercayai salah satu ramuan utama untuk pengeluaran biskut terbabit. Pihak JAKIM menerusi laman sosial pada 16 November 2014 menafikan dakwaan laporan palsu tersebut dan menegaskan syarikat Munchy’s adalah pemegang Sijil Halal yang sah. Pengguna turut dinasihatkan agar tidak menyebarkan khabar angin itu kerana boleh menimbulan suasana panik dan huru-hara.



Kenyataan Rasmi JAKIM Isu Biskut Munchy’s Tidak Halal Mengandungi Arak




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved