Saya berbual dihalaman rumah seseorang penduduk kg ketika nak menjemput mereka ke kenduri kahwin anak saya.Tiba-tiba anak lelakinya yg datang lebih awal muncul dari dalam rumah dan menghulur duit kpd emaknya dan berkata,"Mak,ni duit upah mengasuh bulan ni."Dia berlalu sambil senyum pada saya.Ibunya berkata pada saya,"Depa hantar cucu tiap hari sebelum pi kerja.Sayalah kena mengasuh."
Saya terasa seperti nak menegur waktu itu juga,tetapi rasa tak sesuai.Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yg teruk,tetapi banyak orang yg tidak terasa.Bukankah keadaan ini ibarat ibu sendiri menjadi pekerja kpd anak,ibu melahirkan tuannya.Teringat saya satu hadis yg panjang tapi saya petik sebahagian Daripada Umar bin al-Khattab r.a., ………… Jibrail bertanya kepada Rasulullah ., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya .... (Riwayat Muslim)
Berapa ramai kini kita yg menjadikan ibubapa sebagai pekerja dg berselindung disebalik ibubapa suka cucu, ada yg kata susah dapat pengasuh yg dipercayai,ada yg kata emak bapa pandai mengasuh,emak bapa tak kerja apa.Hakikatnya kerana isteri nak kerja,nak tambah pendapatan.Sedangkan tanggungjawab mengasuh,mendidik dan membesarkan anak terletak kpd isteri dan isteri tidak dituntut utk bekerja hingga mengabai tanggungjawab kpd anak.Bila ditinggal anak kpd ibubapa,berlaku dua pengabaian iaitu pengabaian tanggungjawab kpd anak dan pengabaian tanggungjawab kpd ibubapa yg sepatutnya direhatkan setelah seumur hidup membela anak hingga berjaya.Jika ibu kita boleh memelihara kita dg tidak membuat kerja lain,menjadi surirumah sepenuh masa,dan ia berjaya menunai tanggungjawabnya,kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika tak bekerja.
Bila kes penderaan oleh pengasuh makin meningkat kini dan mewujud kebimbangan utk meninggalkan anak di rumah pengasuh,jangan ada yg berpatah balik menjadikan ibubapa sbg pengasuh,tetapi pertimbangkanlah utk mengorbankan jawatan demi anak.Rezeki ditangan tuhan,jika niat kita baik demi anak yg diamanahkan,tetaplah kita perolehi apa yg ditentukan tuhan.Ingatlah,tuhan memberi kpd kita anak sebagai amanah,dan bukan amanah itu diberi kpd ibubapa kita atau orang lain.Kita yg akan ditanya dihadapan tuhan,bukan ibubapa atau pengasuh anak kita.Bagaimana akhlak anak kita nanti,kita yg akan menanggungnya.
Rehatkanlah ibubapa kita.Berilah ruang utk mereka mempersiap diri dipenghujung usia,meskipun mereka menawar diri kerana sifat kasih sayang mereka.Jika kasih kpd ibu,lapangkan hidupnya, ringankan bebannya,
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment