Baru-baru ini, beberapa gambar yang memaparkan kesan parut dibadan akibat dirotan tersebar di media sosial. Menurut kapsyen dari gambar tersebut, kesan parut itu adalah dari pelajar-pelajar Penang Free School yang dirotan oleh warden kerana tidak menunaikan sembahyang subuh.
Kejadian yang didakwa berlaku pada 7 November dikatakan terjadi setelah pelajar-pelajar tersebut penat selepas mengulangkaji untuk SPM dan tidak larat untuk menunaikan solat subuh. Sumber lain ada mengatakan seramai 14 pelajar yang terlibat dalam kejadian ini.
Gambar tersebut telah mendapat perhatian polis yang berkata siasatan akan dijalankan walaupun tidak ada pihak yang melaporkan perkara tersebut.
"Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak yang terlibat dalam kejadian berkenaan. Bagaimanapun kami akan menjalankan siasatan lanjut," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid, memetik laporan dari Bernama.
Menurut dari laporan akhbar pula, pelajar tersebut dimarahi kerana tidak bersembahyang subuh di surau sekolah berkenaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
mmg patut dirotan, kalau mak bpk xleh nk ajar ank solat, cikgu patut amek tindakan..lepas tanggungjwb cikgu tu di akhirat...jgn salahkn cikgu..letih exam bkn alasan xsolat!!!!!
November 9, 2014 at 8:13 PM
Post a Comment