ONEXOX
BannerFans.com

Laporan polis lelaki dipipit kenalan wanita

on Thursday, November 13, 2014

Laporan polis yang tersebar di media sosial pada Isnin, kes seorang lelaki mendakwa dirogol oleh kenalan wanitanya.

Menurut laporan itu, seorang lelaki didakwa didatangi oleh kenalannya yang merupakan seorang wanita memintanya menghantar pulang ke Wangsa Maju. Setibanya di perkarangan rumah, wanita berkenaan didakwa bertindak mencium dan memeluk lelaki terbabit sambil membuka seluarnya.

Lelaki terbabit juga mendakwa, wanita berkenaan kemudian bertindak merogolnya sebelum keluar daripada kereta dan masuk ke rumahnya 10 minit kemudian.

Ianya adalah palsu kerana pihak polis menafikan ada menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurut jurucakap Balai Polis Dang Wangi kepada The Rakyat Post, pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai kes itu.

“Buat masa ini, pihak kami tidak menerima sebarang aduan mengenai kes itu, kami beranggapan laporan polis berkenaan palsu dan telah disunting,” katanya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved