KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini menuntut kerajaan mengembalikan Subsidi minyak dengan menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 seiter pada 1 Disember depan.
Kenyataan ini dikeluarkan dan dipersetujui oleh ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat itu dimana Pas diwwkili oleh Dr Mohd Hatta Ramli, Dap diwakili oleh Anthony Loke dan PKR diwakili oleh Rafizi Ramli.
“Sementara rakyat terdedah kepada risiko turun naik harga minyak mentah dunia yang diterjemahkan menjadi harga petrol dan diesel yang lebih mahal, kerajaan pula menjamin yang kos dan keuntungan syarikat minyak yang menjual petrol dan diesel ditanggung rakyat,” kata Rafizi Ramli.
"Subsidi yang dituntut ini hanya RM0.30 seliter dan sejumlah RM7.2 bilion setahun jika penggunaan minyak tersebut mencapai 14 bilion liter dan 10 bilion diesel sberdasarkan jawapan perdana menteri di Parlimen."
Sehubungan dengan itu PR telah membuat keputusan untuk meneruskan pelan mengadakan demontrasi besar-besaran di Dataran Merdekan pada 31 Disember ini.
Harga runcit minyak semasa di Malaysia sekarang ialah RON 95 kini RM 2.30 seliter manakala diesel pula RM 2.20 sen.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment