ONEXOX
BannerFans.com

Penjawat Awam Minta Janda Beri #Seks Untuk Luluskan Rumah Mampu Milik

on Thursday, November 13, 2014

Alor Setar: Seorang penjawat awam berusia 50-an ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi kerana meminta rasuah dalam bentuk layanan #seks sebagai dorongan untuk mendapat kelulusan rumah mampu milik seorang janda.

Penjawat awam itu ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Putra ketika bersama dengan mangsa yang juga seorang janda berusia 20-an.

Jurucakap SPRM mengesahkan penahanan lelaki itu, namun enggan mendedahkan identiti lelaki itu termasuk tempat suspek bertugas tidak dinyatakan.

"Kita tahan suspek berdasarkan maklumat awam diterima dan hasil siasatan dijalankan sejak beberapa bulan lalu. Ketika ditahan anggota kami, suspek berdua-duaan dengan wanita terbabit dan dipercayai sedang menuntut rasuah terbabit.

"Berdasarkan maklumat, kita percaya ini bukan kes pertama dan suspek mungkin pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini. Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta SPRM 2009 namun dibebaskan dengan jaminan,” katanya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved