ONEXOX
BannerFans.com

Penjelasan Zahiril Adzim terpaksa solat di Parkir PWTC

on Friday, November 14, 2014



Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.

"Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.



"Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau," ujarnya .

Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.

Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.

Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial.

"Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet  sahaja.

"Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

Pakarim said...

Takde, ini bukan menunjuk. Nak menunjuk sangat, lompat masuk ke tengah-tengah bandor. Ha solat tengah2 nun. Dia ni tak nunjuk. Kita ni yang mikir bukan2 kerana Malaysia ni dah lama disogok dengan sifat hipokrit. Politik kita pun byk yang hipokrit.Kata nak negak Islam, tapi tolak Islam. Kata nak bincang hudud, tp sampai skrg tak dengar udah. Kita dah lama duk dalam suasana yang penuh hipokrit, jadi ramai udah yg mikir bukan2. Wallahualam.


November 15, 2014 at 2:24 AM
EoneZ said...

da kat kalangan org yg berkata2 ckp die tu "menunjuk"...sbb dorg sendri rase sembahyang tu pelik
u see wat i mean here?


November 15, 2014 at 8:57 PM
aLiXaL said...

Kita tengok dari sudut positif jer... Insya Allah, semuanya baik-baik saje...

Peace yo!

http://mohdalizal.blogspot.com/


November 23, 2014 at 6:53 AM
Unknown said...

entah eh..kat arab nun..sumer tu normal..artis puas nk menyorok..org ramai plak eboh..sy suka zahiril


December 7, 2014 at 6:34 PM
Mrs. A said...

Lumrah sesetengah manusia suka fikir negatif dari positif.


December 7, 2014 at 10:54 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved