Human Rights Watch (HRW) menyatakan peraturan mewajibkan pemohon harus memeriksa sama masih dara atau belum berkahwin sebagai pra syarat untuk menjadi anggota polis perlu dimansuhkan.
Wanita Indonesia yang ditemubual oleh mereka mengakui bahawa mereka terpaksa melalui ujian membuktikan mereka masih dara sebagai salah satu syarat untuk menyertai pasukan keselamatan itu.
Ujian berkenaan mewajibkan pemohon berb0gel di depan sepasukan pegawai wanita yang kemudiannya menusukkan dua jari dalam kemaluan pemohon.
Jurucakap HRW, Nisha Varia menyatakan ujian dua jari itu harus dihentikan serta merta kerana ia mengaibkan dan menjatuhkan maruah wanita.
“Polis di Jakarta harus memansuhkan ujian ini dan mengambil tindakan susulan untuk memastikan semua markas polis yang lain turut mengambil tindakan yang sama,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment