Georgetown: Walaupun masjid sepatutnya menjadi tempat beribadah yang suci, namun ada juga yang mengambil peluang menjadikannya tempat bagi mencari sumber haram.
Baru-baru ini, satu rakama CCTV telah dimuat naik di laman Youtube yang menunjukkan seorang lelaki cuba mencuri wang tabung di masjid berkenaan di Tanjung Bungah, Isnin lalu.
Namun, misi lelaki yang berusia 20-an itu bukan sahaja gagal, tetapi turut menyebabkan wajahnya terakam melalui CCTV yang dipasang di masjid terbabit.
Menurut deskripsi dari video terbabit, lelaki itu dikatakan datang ke masjid berkenaan melalui bas awam. Lelaki itu kemudiannya masuk ke kawasan masjid dan memancing duit di dalam dua buah tabung di masjid berkenaan menggunakan kayu kecil.
Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu suspek memakai baju biru dan berseluar coklat.
“Suspek mencuba beberapa kali namun gagal kerana tiada wang di dalamnya dan dia yang menyedari kehadiran siak, cuba melarikan diri.
“Beberapa kariah masjid cuba mengejar suspek namun dia berjaya meloloskan diri,”, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash memetik laporan Harian Metro
Menurut Faridahlathrash lagi, siasatan masih lagi dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 atau melalui balai polis berhampiran.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment