ONEXOX
BannerFans.com

38 Pelajar Dapat Straight F - Bukti Sistem Pendidikan Malaysia Terbaik Di Dunia

on Tuesday, December 23, 2014

DULU CIKGU GUA NAMAKAN PELAJAR YANG DAPAT SEMUA 'D' SEBAGAI JUARA ALL DENMARK, YANG DAPAT SEMUA 'E' SEBAGAI JUARA ALL ENGLAND

SEKARANG LAGI HEBAT DAH MUNCUL PULA JUARA ALL FINDLAND



Cananglahnie melaporkan bahawa sebuah sekolah menengah di Selangor mencatatkan rekod 38 orang pelajarnya mendapat straight F dalam kesemua sembilan mata pelajaran yang diambil.

Rasanya inilah contoh terbaik yang menunjukkan bahawa Sistem Pendidikan Malaysia perlu dikembalikan kepada sistem lama yang menyediakan sekolah kemahiran vokasional untuk pelajar yang tidak dapat menguasai Pengajaran dan Pembelajaran dengan baik.

Bayangkan jika kesemua pelajar yang mendapat straight F ini meneruskan pelajaran hingga ke tingkatan 5. Apakah keputusan SPM mereka kelak???




Dapat ditfsir bahawa kesemua pelajar ini adalah tergolong dalam kategori yang tidak menguasai 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. Pelajar ini harus ditempatkan di sekolah-sekolah kemahiran agar mereka dapat menyediakan diri dengan kemahiran untuk menghadapi masa depan yang makin mencabar.

Atas kertas Malaysia menyediakan guru-guru pemulihan ntuk membantu pelajar tidak menguasai 3M tetapi itu hanyalah di atas kertas. Hakikatnya guru-guru ini tidak dapat dikesan melaksanakan program pemulihan ke atas pelajar-pelajar berkenaan.

Tak percaya? Siapa ada bini bekerja sebagai guru sila tanya... wakaka


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved