13 Disember yang lalu, seorang pengguna Facebook, I-ling Tay, memuat naik beberapa gambar seorang lelaki berbadan sasa (tak berapa nak sasa) di laman Facebook mendakwa lelaki berkenaan telah mengancam keselamatan ibu bapanya ketika memandu di kawasan Damansara Perdana.
Menurut wanita itu, lelaki terbabit yang menunggang motosikal bersama rakan wanitanya di tengah-tengah jalan. Ayah kepada si pengadu membunyikan hon agar motosikal itu memberikan laluan kepada mereka.
Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak puas hati dengan tindakan ayah si pengadu menyebabkan dia menunjukkan isyarat penumbuk.
Keadaan bertambah buruk apabila kedua-dua mereka berhenti di lampu isyarat. Lelaki terbabit menunjukkan lagak samsengnya dengan memukul cermin kereta mangsa dan menendang bampar depan kereta mangsa.
Namun, rakannya cuba menghalang dan mereka terus meninggalkan kereta mangsa.
Kedua-dua mangsa bernasib baik dan tiada kecederaan yang dialami. I-ling Tay menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika terserempak dengan lelaki terbabit.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment