ONEXOX
BannerFans.com

Ada cadangan guna kan duit Zakat bantu mangsa banjir

on Tuesday, December 30, 2014




As'salamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Semalam lepas Maghrib ada kuliah kt masjid, tau2 pasal Zakat... Bagus lah...

Depa habaq kutipan zakat kt Negeri Sembilan sahaja dalam masa sebulan je mencecah 3 Juta. Itu Zakat pendapatan melalui pemotongan yg di buat dan macam2 zakat lagi laa.... dan dalam sesebuah negeri tu pun punya la banyak kaunter kutipan zakat. Pastu itu ini.. bla..bla..bla.. Bagi aku Alhamdulillah... lagi bagus.

Pada masa yang sama... aku terfikir dan memberi cadangan kepada pihak pengurusan Zakat di setiap 14 buah negeri yang berada di Malaysia yang makmur ni mengeluarkan 10% dari nilai kutipan memasing, dikumpulkan dan di bahagi kepada negeri2 yang terjejas teruk oleh bencana alam...? Bagi meringankan bebanan masyarakat akibat banjir besar berlaku. Contoh laa...





60% - Kelantan
15% - Terengganu
15% - Pahang
10% - Negeri2 yang terjejas minima spt Perak dsb...

Sumbangan tu haruslah meliputi semua negeri yang terjejas (musnah akibat banjir) dan terlibat...

- Pembinaan rumah & perkakas asas isi rumah. (alatan memasak, peti sejuk dsb)
- Penangkutan (baiki kenderaan dsb)
- Perbelanjaan persekolahan (Baju dsb)
- Makanan dan perubatan (serba sedikit)
- Saguhati kepada para sukarelawan dan pihak agensi Kerajaan yang terlibat secara langsung bagi mencari, menyelamat, perlindungan, membersih kawasan terjejas dan sebagainya. (Rumah Ibadat - Masjid, Kuil, Sekolah dsb)

Segala infrastructure yang telah rosak teruk di tanggung oleh Kerajaan Pusat/Negeri memasing (Jalan raya, Jambatan dsb)

Saya berharap cadangan yang tak seberapa ini untuk di kongsi untuk semua manusia sejagat kerana manusia adalah sebaik baik khalifah untuk mentadbir bumi Allah ini. Jika ada pengurangan atau penambahan mohon di perbetulkan. Wassalam...

‪#‎prayforpantaitimur‬ ‪#‎floodvictim‬ ‪#‎malaysia‬


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved