26 Oktober lalu, Fahmi Zainol mencabar Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan dan memecatnya sebagai presiden persatuan pelajar. Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, Fahmi mengeluarkan kenyataan kedua meminta agar UM menangguhkan sebarang tindakan yang diambil ke atasnya.
Atas budi bicara, UM menangguhkan hukuman dan memberikan ruang untuk Fahmi menjelaskan tindakannya mengadakan ceramah yang melibatkan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, tanpa kebenaran pihak UM.
Bagaimanapun, Fahmi mengambil tindakan bertentangan apabila dia dengan sambil lewanya menceroboh ke IPTA lain dengan tujuan menghasut para pelajar agar turut bersama memperjuangkan matlamat sesatnya itu.
Namun, ada segelintir yang menolak dan menganggap Fahmi hanya mahukan publisiti murahan untuk mempopularkan dirinya.
UM semalam menggantung pengajian Fahmi selama dua semester dan mendendanya RM600 selepas disabitkan bersalah menganjurkan ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus tanpa kebenaran.
Fahmi Zainol menyifatkan UM tidak tidak mempunyai belas kasihan dan simpati apabila menggantungnya tiga minggu sebelum peperiksaan bermula.
"Saya agak terkilan dengan tindakan UM, walaupun mereka sudah mempunyai keputusan lebih awal, sama ada menerima arahan dari mana-mana pihak atau terpaksa melakukannya, tidakkah mereka mempunyai rasa simpati dan empati?” soalnya
Fahmi terus mendakwa keputusan terhadap mereka ditetapkan lebih awal dan mengesyaki terdapat arahan daripada pihak lain. Fahmi juga berkata universiti tidak bertanggungjawab tanpa mengambil kira perasaan ibu bapanya yang menanti anak bergraduasi.
"Pernahkah mereka terfikir? Ataupun perasaan sebagai seorang manusia dilemparkan sejauh-jauhnya demi kepentingan masing-masing," soalnya lagi.
Beliau juga masih berasa tidak bersalah kerana hanya mahu bersuara, ditambah lagi prestasinya dalam pelajaran bukan di tempat yang corot.
"Adakah saya bersalah jika saya inginkan universiti berjalan dengan sepatutnya? Adakah saya bersalah jika bersuara? Saya bukanlah pelajar yang tercicir, saya bukanlah pelajar yang tercorot dan saya bukanlah remaja yang jauh menyimpang dari jalan yang betul,” kata Fahmi.
Pelajar jurusan pentadbiran itu bagaimanapun berkata hukuman itu tidak melunturkan semangatnya untuk terus terlibat dalam aktivisme mahasiswa tanah air.
"Malah terima kasih kepada pihak yang menghukum kami kerana memberi ruang dan peluang untuk kami berpencak lebih lama lagi dalam dunia mahasiswa," sindirnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment