ONEXOX
BannerFans.com

'Harimau Malaya' Jawab Isu Pemain Bola Sepak Sabah & Sarawak Dianak-tirikan

on Monday, December 22, 2014



Kepada penyokong bola sepak Sabah dan Sarawak...

Admin mohon agar kamu boleh lebih bersifat profesional dalam isu pemilihan pemain dari SS...segala persoalan kenapa tiada player dari SS dalam skuad kebangsaan sudah banyak kali diterangkan...kita harus melihat benda ni daripada beberapa aspek antaranya, prestasi semasa dan keseluruhan kempen Liga Msia setiap pemain, kemampuan pemain mengapdatasikan arahan jurulatih dalam latihan maupun perlawanan persahabatan, persefahaman dengan pemain lain dan yang paling penting kesungguhan/inisiatif pemain tersebut semasa berada dalam kem latihan.

Jangan lupa, SS tidak pernah dianak tirikan seperti yang didakwa...buktinya, beberapa pemain SS telah dipanggil mewakili skuad kebangsaan sebelum AFF...JKT, Hairul Mokhtar, Asri Chuchu, Ronny Harun, Hazwan Bakri (walaupun beliau berasal dari Labuan), Bobby Gonzalez dan Rozaimi Abdul Rahman...walau bagaimanapun, pemilihan terakhir ramai pemain2 belum mencapai standard yang Dollah inginkan...justeru nama mereka digugurkan atau diletak sebagai standby...tdk kurang juga yang mengalami masalah kecederaan.





Kalau betul SS tidak diendahkan, mana mungkin pemain2 ini dipanggil...Perbetulkan penilaian kita berdasarkan kepada teknikal...jangan terlalu ikut sentimen kenegerian atau political influence...Kenapa tidak ajukan persoalan ini kepada presiden Sarawak FA Dtk Sudarsono yang dipilih oleh FAM utk menjadi pengurus pasukan skuad kebangsaan? Kita patut berbangga yang sekurang2nya, kepimipinan wakil SS diiktiraf dengan pemilihan Dtk Sudarsono...

Apapun, admin merayu agar semua penyokong bergabunglah dgn penyokong yang berpengkalan di Semenanjung seperti yang ditunjukan oleh sub group Ultras Malaya, GB13 dan NBU yang sanggup terbang ke Bangkok, Hanoi, Singapura dan Kuala Lumpur atas perbelanjaan sendiri untuk membantu skuad Msia sebagai pemain ke 12...

Ayuh kita perbaiki kelemahan kita ini dan ubah budaya menyokong kita...hak kamu untuk bersuara tapi tugas admin adalah utk menyatu padukan semua penyokong Msia tanpa mengira bangsa, agama atau negeri...martabatkanlah budaya menyokong kita kerana pencapaian sesebuah pasukan bolasepak negara sedikit sebanyak bergantung kepada unity penyokong mereka sendiri...

Lets Rise Together... ikhlas dari admin Sabah - HARIMAU MALAYA

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com said...

apa2 pun saya peminat harimau malaya,,, gogogo harimau malaya!!! - kedaionlinemy.com


December 23, 2014 at 8:39 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved