ONEXOX
BannerFans.com

Jabatan Imigresen Paling Kuat Makan Rasuah

on Tuesday, December 2, 2014



PUTRAJAYA 1 Dis. - Jabatan Imigresen mencatatkan indeks rasuah tertinggi dalam kalangan agensi pengu-atkuasaan di negara ini mengikut laporan terbaharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan tersebut sekali gus merosakkan imej dan menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap jabatan itu walaupun terdapat 10 agensi lain yang turut dipantau oleh SPRM.

Laporan itu katanya, dibuat berdasarkan aduan yang diterima dan sedang disiasat oleh SPRM terutama melibatkan kes kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Sehubungan itu saya menggesa Jabatan Imigresen membersihkan imej mereka termasuk mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana kakitangan yang terlibat menerima rasuah.

“Saya juga mahu Jabatan Imigresen melakukan pemantauan dengan lebih efisien untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab menjadi dalang,” katanya

Menurut Ahmad Zahid, sebelum ini kementeriannya pernah mencadangkan agar hukuman sebat mandatori dikenakan terhadap ejen yang membawa PATI kerana hukuman denda tidak berkesan bagi mengatasi masalah kebanjiran golongan itu di negara ini.




“Sekarang saya juga ingin mencadangkan agar hukuman sebat turut dikenakan kepada mana-mana kakitangan Jabatan Imigresen yang didapati bersalah menerima rasuah, hal ini kerana hukuman sebat mandatori terbukti lebih berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah di negara ini,” katanya.

Mengulas mengenai penguatkuasaan Jabatan Imigresen dalam menggempur PATI, Zahid berkata, jabatan itu akan terus melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dan operasi tersebut tidak hanya tertumpu di Cameron Highlands.

“Kita juga sudah mengenal pasti beberapa lagi kawasan panas dalam usaha menggempur PATI, ingin saya tegaskan bahawa kita bukan menggempur PATI sahaja tetapi akan melihat pelbagai kesalahan lain yang dilakukan oleh warga asing.

“Sebelum pelaksanaan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) nisbah PATI ialah 10 sah dan 30 tidak sah, sekarang nisbahnya telah berubah iaitu 30 sah dan 10 tidak sah, ini membuktikan keberkesanan program yang telah dijalankan,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved