Video seorang lelaki berbadan gempal mendera seekor kucing putih mulai tersebar di laman Facebook mulai 2 jam yang lalu.
Seekor kucing putih didera oleh dua orang lelaki tanpa sebarang sebab yang berkemungkinan hanya sekadar suka-suka telah menimbulkan kemarahan para pencinta kucing.
Video ini dipercayai berlaku di Malaysia berdasarkan percakapan dua lelaki dalam rakaman tersebut.
Pada mulanya, lelaki berbadan gempal terbabit membelai manja kucing putih terbabit. Namun, secara tiba-tiba memasukkan kucing malang itu ke dalam lubang tandas dan menutupnya. Lelaki itu juga bertindak mengepam pam air tandas berkenaan menyebabkan kucing itu meraung-raung meminta dilepaskan.
Post by My Media Hub.
Tindakan kejam lelaki gempal itu dirakam oleh rakannya sendiri yang kemudiannya memuat naik video berkenaan ke laman Facebook.
Lelaki gempal: Tension, kucing banyak masalah!
Perakam: Buka tengok hasilnya.
Lelaki gempal: Uih! Bahaya woh! Bising!
Tidak kurang dengan itu, mereka berdua juga kelihatan 'gembira' dapat menyeksa kucing malang itu.
Mohon orang ramai sebarkan agar lelaki gempal dan rakannya dapat ditangkap oleh pihak polis.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
kucing berani lah kacau,, cuba kacau harimau,, berani?? - kedaionlinemy.com
December 23, 2014 at 9:02 AM
Post a Comment