ONEXOX
BannerFans.com

Mohon Giant Ampangan, Seremban tidak lagi jual arak

on Thursday, December 18, 2014



KAMI memohon jasa baik pihak Pasaraya Giant yang terletak di kawasan Ampangan, Seremban agar tidak lagi menjual pelbagai jenis arak di pasar raya tersebut kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu yang beragama Islam di situ. Majoriti penduduk di kawasan Ampangan beragama Islam iaiatu kira-kira 95 peratus.

Saya rasa tidak sesuai untuk menjual atau mempamerkan minuman keras di premis itu kerana pekerja dan kerani kaunternya juga boleh dikatakan 95 peratus terdiri daripada orang Islam.

Kita tidak mahu apabila arak dijual di situ maka anak-anak muda Melayu akan berurusan jual beli minuman yang diharamkan oleh agama Islam.

Kalau daging babi dan apa juga jualan yang ditegahkan oleh Islam tidak terdapat di pasar raya Giant di Ampangan kenapa minuman keras tidak dilarang untuk dijual di sana?




Diperhatikan para pelanggan yang berurusan berjual-beli juga adalah majoritinya yang beragama islam.

Dalam masa yang sama saya juga berharap pasar raya ini juga tidak menjual barangan yang dikategorikan sudah busuk dan tidak sesuai lagi untuk dijualkan kepada pelanggan seperti barang basah saperti ikan, kerang, ketam, sotong dan udang walaupun harganya berlipat kali ganda lebih murah daripada harga asal tetapi sebagai sebuah pasar raya yang ternama, ia hendaklah juga menjaga kualiti dan utamakan barangan segar dan sihat yang dijualkan kepada orang ramai.

Begitu juga apa sahaja barang yang diletakkan harga istimewanya hendaklah mengikut harga itu juga sebagaimana dipamerkan di situ dan bukannya harga istimewa yang ditawarkan apabila hendak membayar di kaunter sudah berlainan pula dari harga istimewa yang ditawarkan itu. Ini kerap terjadi.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan Seremban
18 Disember 2014 12:20 AM

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved