ONEXOX
BannerFans.com

Pelakon Wanita (Janda Anak 3) Ditangkap Khalwat

on Sunday, December 14, 2014



KUALA LUMPUR - Seorang pelakon wanita berstatus janda yang berusia 33 tahun, sinonim dengan filem seram telah dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana, awal pagi tadi.

Lapor Harian Metro, tangkapan dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada jam 3.23 pagi di kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat daripada orang awam.




Menurut sumber, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen yang menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan yang sah.

Difahamkan, pelakon wanita itu telah bercerai pada tahun 2009, secara taklik dengan talak satu yang dilafazkan melalui panggilan telefon. Pelakon wanita yang mempunyai tiga orang anak itu dilaporkan pernah membintangi drama dan filem seram yang pernah berjaya meraih kutipan box office sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records pada 2011.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved